Aroma masakan menyelerakan dengan garapan rempah ratus yang menjadi kemestian dalam penyediaan masakan Thailand. Masakan Thailand kaya dengan rasa aslinya. Dalam menu hidangan pasti ada rasa pedas, masam,manis dan masin yang seimbang. Maka tidak hairan masakan Thailand menjadi kegemaran ramai. RASA menyediakan menu tradisi Thailand yang kekal popular hingga kini juga pemanis mulut yang autentik. Ia resipi lama yang diolah dengan cara moden. Boleh cuba sendiri untuk rasai keenakkannya.

GULAI AYAM SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 250ml santan pekat
  • 250ml air
  • 6 biji terung kampung | belah dua
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 biji bawang putih | kisar
  • 3cm lengkuas | hiris dan kisar
  • 3cm kunyit | hiris dan kisar
  • 6 tangkai cili padi hijau | kisar
  • 2 batang serai | hiris halus dan kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam-BELI ONLINEย DI SINI
  • 2 helai daun limau purut | carik
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya.
  3. Kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
  4. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.
  5. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.
  6. Siap untuk dihidangkan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *